saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/11/2012

Ulama Pas digesa keluar pendirian isu Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Pemimpin-pemimpin Pas terutama daripada golongan ulama digesa mengeluarkan pendirian berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, Pas tidak seharusnya berdiam diri apabila rakan sekutunya itu membuat kenyataan sedemikian lebih-lebih lagi isu yang disentuh melibatkan maruah Islam.

“Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, maka mereka perlu mengeluarkan pendirian apabila tercetusnya kontroversi melibatkan Islam.

“Kita tidak mahu rakyat terutama orang Melayu terkeliru sehingga akidah mereka boleh terpesong," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya Sabtu lalu mengenai kebebasan beragama di negara ini yang sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.

Menurut Mohd. Hilmi, beliau kecewa dengan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memandang ringan isu tersebut apabila mendakwa isu itu tidak penting, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.