saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/11/2012

Nurul Izzah dicabar saman Malaysiakini

Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan ahli keluarga anggota tentera pada Majlis Jamuan Mesra Rakyat Bersama Warga Kem Sikamat di Seremban, semalam.

SEREMBAN 12 Nov. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencabar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar untuk menyaman portal berita pro pembangkang, Malaysiakini yang turut melaporkan kenyataannya berhubung kebebasan agama dalam kalangan orang Melayu.

Ahmad Zahid berkata, ini berikutan portal berkenaan turut menyiarkan kenyataan yang sama seperti mana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

''Apabila terdesak Nurul Izzah menyatakan bahawa dia tidak berkata demikian seperti dalam akhbar Utusan Malaysia dan akhbar lain, tetapi apabila kita baca Malaysiakini ia turut menyatakan perkara sama.

''Kalau mahu saman Utusan Malaysia, saman sekali Malaysiakini, kalau dia berani. Apabila terdesak salahkan orang lain," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Mesra Rakyat Bersama Warga Kem Sikamat di pekarangan Kem Rejimen 4 Artileri Diraja, Kem Sikamat, dekat sini malam tadi.

Tegasnya, soal agama tidak boleh dijadikan permainan politik sebaliknya bidang politik seharusnya digunakan untuk memperkuatkan agama.

''Tetapi Nurul Izzah mengatakan orang Melayu yang beragama Islam apabila berumur 21 tahun ke atas, mereka bebas untuk memilih agama.

''Ini bermaksud beliau menyalahtafsirkan ayat al-Quran, oleh itu bagi kita sama ada ada dalam UMNO mahupun parti lain, orang Melayu ialah orang yang beragama Islam kerana itu termaktub dalam Perlembagaan.

''Maka kita perlu mempertahankan bahawa orang Islam tidak boleh memeluk agama lain kerana kita kekal sebagai orang Islam bukan kerana hanya keturunan tetapi berpandukan rukun Iman dan Islam," katanya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia, Berita Harian dan media lain yang didakwa memutarbelitkan kenyataanya.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 November lalu memetik Nurul Izzah berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.