saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/11/2012

Henti kelirukan umat Islam

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Mereka yang cuba mengubah atau meminda Perlembagaan untuk memberikan hak kebebasan mutlak beragama, digesa menghentikan kegiatan negatif itu kerana ia memesongkan akidah umat Islam.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi menjaga akidah umat Melayu Islam daripada terpesong selain Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam.

"Merujuk Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

"Saya melihat Perlembagaan sudah jelas menerangkan tentang perkara tersebut. Oleh itu, tidak timbul persoalan tentang kebebasan beragama di negara ini yang patut diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kontroversi membabitkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang baru-baru ini seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini sebagai berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Sehubungan itu, Kamilia meminta pihak berkuasa agama Islam bertindak kerana kenyataan Nurul Izzah tersebut telah menjadi isu dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.