saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/11/2012

Tolak Nurul Izzah, Wan Azizah

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Umat Islam diseru menolak kepimpinan Nurul Izzah Anwar berikutan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan (PKR) itu berhubung kebebasan beragama di negara ini sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Pengerusi Biro Agama Wanita UMNO, Datin Mesrah Selamat berkata, umat Islam juga tidak seharusnya berkompromi dengan kenyataan sedemikian bagi mengelak berlakunya kehancuran dalam permuafakatan ummah di Malaysia.

"Dalam hal ini, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku ibu kepada Nurul Izzah terbukti gagal mendidik anaknya supaya berpendirian teguh dalam mempertahankan hukum-hukum Islam yang asas.

"Islam adalah agama yang tiada tolok bandingannya. Agama ini perlu dipertahankan dan mana-mana umat Islam yang membuat kenyataan seperti Nurul Izzah ini bukan sahaja menipu diri sendiri, malah kabur dengan landasan agama yang paling asas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Jelas Mesrah yang juga merupakan Ketua Penerangan Wanita UMNO, dalam memastikan kenyataan seumpama itu tidak diulangi dalam dalam arena politik negara, umat Islam perlu mengelak mengundi Nurul Izzah dalam pilihan raya akan datang.

"Penolakan rakyat terhadap Nurul Izzah itu akan menjadi teladan kepada ahli-ahli politik lain untuk tidak lagi menyentuh isu-isu sensitif seumpama itu," ujarnya.

Perkara sama turut ditegaskan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang menjelaskan, pemimpin seperti Nurul Izzah yang mengutamakan kepentingan politik melebihi kedaulatan agama tidak seharusnya diterima rakyat negara ini.

Kata beliau, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengeluarkan kenyataan yang dilaknat Allah sekali gus menyebabkan negara ini terdedah dengan pelbagai musibah sekiranya Nurul Izzah terus diterima sebagai pemimpin.

"Rakyat terutama umat Islam sebaliknya perlu memilih pemimpin yang berpendirian teguh, ikhlas dan tegas terhadap kedaulatan agama dianutinya.

"Nilai-nilai inilah yang sepatutnya dimiliki pemimpin sesebuah negara, bukan seperti Nurul Izzah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.