saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/11/2012

Perjuangan Pas semakin terpesong

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Sikap apologis Pas yang mempertahankan kenyataan atau tindakan rakannya dalam pakatan pembangkang walaupun ternyata salah khususnya dalam hal berkaitan Islam menyebabkan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan Islam.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, keadaan itu juga menyebabkan kadangkala timbul perbezaan antara akar umbi, Dewan Pemuda Pas dengan kepemimpinan parti.

Katanya, kecenderungan Dewan Pemuda serta akar umbi terhadap golongan ulama menambah lagi perbezaan dalam parti itu yang hari ini dibarisi banyak kepimpinan profesional.

"Perkara ini jika dibiarkan berterusan, akan menyebabkan Pas menjadi porak-peranda kerana dalam kalangan pemimpin Pas hari ini, mereka bersikap apologis apabila sentiasa mempertahankan kenyataan rakan pembangkangnya seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun ternyata silap.

"Oleh itu, kita sering lihat kenyataan Dewan Pemuda Pas bertentangan dengan pemimpin parti dan kadangkala membidas tindakan parti kerana mereka dapat menilai situasi sebenar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan aktivis Pas iaitu Norman Toha, Datuk Muslim Othman dan Mohd. Reza Kamaruddin yang menyifatkan Pas kini tidak lagi memperjuangkan Islam serta cita-cita menubuhkan negara Islam sebaliknya lebih 'seronok' mengejar kuasa hingga imej parti itu dilihat sudah tercalar.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, selain bersifat apologis, sifat lain Pas hari ini yang menyebabkan parti itu semakin jauh daripada memperjuangkan Islam ialah apabila tidak berupaya menguasai DAP.

Katanya, kegagalan Pas menyanggah perbuatan dan kenyataan PKR serta DAP yang menjadi rakan pembangkangnya juga menjadi salah satu faktor orang ramai melihat perjuangan parti tersebut semakin jauh daripada Islam.

"Penganalisis politik menjangkakan perkara seumpama itu akan berlaku. Kami juga berpendapat sekiranya keadaan itu berterusan, kepemimpinan Pas akan jatuh.

"Pas dilihat gagal menguasai DAP yang menjadi lebih dominan dalam pakatan pembangkang dan parti itu juga tidak lantang menyanggah tindakan rakan pembangkangnya, PKR serta DAP sekiranya mereka melakukan sesuatu yang tidak betul khususnya dari aspek Islam," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.