saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/11/2012

Segera bertaubat, segera tarik balik kenyataan - Noh

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Mana-mana pihak yang tersalah mentafsir hukum atau ayat Allah SWT, diwajibkan untuk bertaubat dan menarik balik kenyataan dibuat dengan segera kerana kegagalan berbuat demikian bakal mengundang kekeliruan kepada umat Islam.

Sehubungan itu, semua pihak yang bukan ahli agama termasuk ahli politik digesa supaya tidak sewenang-wenang mentafsir ayat al-Quran serta hukum Allah SWT menggunakan hawa nafsu dan akal kerana tindakan tersebut hanya akan membawa kemudaratan besar kepada umat Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, hal-hal berkaitan mentafsir ayat al-Quran perlu dilakukan oleh orang berilmu kerana perkara tersebut tidak boleh dipermainkan sesuka hati.

Tegasnya, hanya orang yang layak sahaja boleh mengupas sesuatu permasalahan dan bercakap mengenai hal-hal berkaitan hukum Allah SWT.

''Cerita politik jangan campur dengan hukum Allah SWT kerana apabila disebut politik sudah pasti akan melibatkan kepentingan politik.

''Sehubungan itu, jika sudah tersalah atau terlepas kata-kata sebagai seorang Islam, kita perlu segera bertaubat dan menyesali apa yang diucapkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan sesetengah pihak yang cenderung mengeluarkan kenyataan mengikut hawa nafsu walaupun jelas bertentangan dengan hukum Allah SWT hanya untuk kepentingan politik.

Sementara itu, Noh turut menegaskan, kebebasan beragama hanya tertakluk kepada orang bukan Islam kerana sebagai orang Islam, dua kalimah syahadah yang diikrarkan merupakan satu aku janji yang wajib dipatuhi.

''Apabila kita berikrar sudah tentu wajib untuk mematuhi segala hukum yang ada seperti meninggal perkara haram dan melakukan perkara yang diperintahkan.

''Selepas mengucap kalimah suci itu, mana-mana umat Islam perlu patuh dengan perintah Allah dan jangan dipersoalkan lagi mengikut hawa nafsu semata-mata," katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya seperti dipetik dari portal berita propembangkang Malaysiakini berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama.. mengapa sesetengah pihak berasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata,".

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab bagi menjawab pertanyaan peserta iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, dekat sini Sabtu minggu lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.