saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/11/2012

Cuba gadai Islam demi kepentingan politik sempit

KUANTAN 12 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terus dibidas apabila didakwa cuba menggadaikan Islam demi kepentingan politik sempit ekoran kenyataannya yang menyatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa dalam beragama termasuk orang Melayu.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang, Muhammad Faiz Hashim berkata, sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, Nurul Izzah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Dia (Nurul Izzah) seharusnya mempertahankan serta memberi cadangan penambahbaikan berkaitan Islam bukan dengan membuat kenyataan populis dan kontroversi sehingga sanggup seperti menggadaikan agama sendiri.

"Agama Islam perlu diletak lebih tinggi daripada politik dan segala-galanya, jangan sesekali kita menggadaikan Islam hanya kerana politik," katanya di sini hari ini.

Nurul Izzah dalam kenyataannya seperti dipetik daripada portal berita propembangkang, Malaysiakini berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama.. mengapa sesetengah pihak berasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.''

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab di Subang Jaya baru-baru ini.

Muhammad Faiz berkata, Perkasa Pahang melihat isu tersebut sebagai satu lagi siri ancaman terhadap Melayu dan Islam oleh PKR dan pembangkang.

Menurut beliau, pihaknya amat kesal dengan kenyataan Nurul Izzah tersebut yang bukan sahaja cuba melanggar Perlembagaan Persekutuan malah meletakkan kesucian dan maruah agama Islam di tahap yang rendah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.