saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/11/2012

Nurul Izzah belum cukup matang - Rabiyah Ali

MELAKA 13 Nov. - Soal agama tidak wajar dijadikan sebagai bahan untuk meraih simpati politik kerana ia secara tidak langsung boleh mengelirukan umat Islam.

Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Rabiyah Ali berkata, rakyat harus membuka mata dan menolak mentah-mentah apa yang dinyatakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mengatakan orang Melayu bebas untuk memilih agama.

Menurutnya, apa yang dinyatakan oleh Nurul Izzah itu jelas terpesong dan menyalahtafsir ayat al-Quran apatah lagi Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam.

"Saya pelik bagaimana seorang terpelajar seperti Nurul Izzah boleh membuat kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam.

"Ini membuktikan dia masih belum cukup matang dalam politik. Hanya kerana cuba meraih simpati politik untuk pilihan raya umum nanti, dia sanggup membuat kenyataan yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

"Jika ada golongan remaja yang menyokong apa yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, sayalah orang yang amat sedih jangan kita gadai agama kita hanya untuk kepentingan politik," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kontroversi membabitkan Naib Presiden PKR itu yang baru-baru ini seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini sebagai berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai sama rata."

Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan forum Negara Islam: Versi Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rabiyah menyifatkan tindakan Naib Presiden PKR itu sudah sudah melampau dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.