saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/11/2012

Hadi paling layak jadi Perdana Menteri

ABDUL Hadi Awang (dua dari kiri) tersenyum melihat gelagat para peserta pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 17 Nov. - Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam menegaskan, ahli-ahli Pas tidak sepatutnya berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah berdasarkan syariat.

"Kita meletakkan satu keyakinan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) seorang yang begitu berkaliber untuk memimpin sebuah negara lantas mengundang apa yang disebutkan sebuah negara yang baik, dasar kerahmatan dan pengampunan daripada Allah SWT," katanya sambil disambut dengan laungan takbir Allahuakbar oleh para perwakilan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Kenyataan Hairun itu mendapat sokongan beberapa perwakilan Pas yang ditemui.

Perwakilan Perak, Jamilah Sudin, 50, berkata, kenyataan tersebut sangat tepat kerana Abdul Hadi adalah pemimpin yang selayaknya menjawat jawatan itu.

Perwakilan Kapar, Mohamed Senu Saad, 40, pula berkata, sebagai seorang ahli Pas, dia sendiri mahukan pemimpin Islam untuk mentadbir negara ini dengan undang-undang Islam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.