POLITIK
ARKIB : 21/11/2012
Dr. M cadang lantik Karpal Singh

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh juga dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Dalam nada sinis beliau berkata, Karpal juga sudah lama berjuang dan mengharapkan jawatan Perdana Menteri sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Bagilah dekat dia (Karpal) sebab dia pun sudah lama berjuang. Patut bagi kepada Karpal jadi Perdana Menteri.
"Yang Amat Berhormat Karpal Singh. Bila pencen nanti dapat gelaran Tun... Tun Karpal," katanya ketika diminta mengulas kecelaruan pembangkang dalam menentukan siapa Perdana Menteri jika menang pilihan raya umum nanti.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Kecemasan Gaza anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Mengulas lebih lanjut, Dr. Mahathir meminta rakyat menilai sendiri 'perebutan kuasa' yang berlaku dalam pakatan pembangkang seandainya memerintah negara.
''Belum pun menang pakatan pembangkang sudah pun berebut-rebut untuk menjadi Perdana Menteri.
''Bila dah jadi kerajaan esok bukan sahaja Abdul Hadi, bukan sahaja Anwar tetapi Karpal Singh pun nak jadi Perdana Menteri," ujarnya.
Kemelut itu mula timbul apabila akar umbi Pas dalam muktamar tahunannya baru-baru ini mendesak Abdul Hadi dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan jelas menolak cadangan yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu, Dr. Mahathir yang juga Presiden PGPF menyifatkan tindakan DAP mempertahankan Anwar adalah kerana mahukan sokongan orang Melayu semata-mata.
''Oleh kerana DAP tidak ada pemimpin Melayu, kalau ada pun dah lari habis, sebab itu mereka nak Anwar kononnya jadi Perdana Menteri.
''Jadi orang Melayu pun rasa lega sebab orang Melayu dapat jadi Perdana Menteri tapi akhirnya jadi macam di Perak dahulu yang terpaksa ikut telunjuk DAP," ujarnya.
Sehubungan itu, tegas beliau, rakyat di negara ini diminta supaya tidak terlalu taksub dengan mana-mana pemimpin kerana sikap tersebut hanya akan merosakkan negara.
"Bila kita hanya menyokong secara membuta tuli tanpa mengambil kira apa yang dilakukan seseorang pemimpin, akan rosaklah negara," katanya.
Bila ROS akan dedah hasil siasatan pemecatan Abdul Khalid?
Gerakan cadang jawatan Presiden 3 penggal
Menteri Besar Selangor nafi tandatangan surat 'kawalan jauh'
Perbincangan laksana hudud dalam fasa terakhir
Penduduk lupakan hasrat minta tolong
Kelulusan projek mewah keutamaan DAP?
Guan Eng jangan lepas tangan
Tetap laksana hudud tahun depan
Siasat pengundi hantu - David
Pemilihan semula CEC MIC selepas siasatan ROS selesai
Mohd. Tamrin sah keluar Pas
Kerajaan PKR Selangor ada kuasa
Dasar DAP hapuskan kampung warisan?
Kampung Mutiara: Kerajaan Pulau Pinang digesa bertindak segera
Pakatan pembangkang dicabar buat penafian terbuka isu SJKC
Pas Kelantan tidak takut DAP
'Bukan DAP, PKR sahaja perintah Selangor'
Nik Aziz ingatkan 'kalau keluar Pas, tidak siuman'
Saya belum terima surat penggantungan ahli - Saari Sungib
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












