saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/11/2012

Kerajaan digesa beri amaran keras

PULAU PINANG 26 Nov. - Kerajaan digesa memberi amaran keras terhadap Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya tidak melemparkan pelbagai tuduhan yang boleh membakar api perkauman.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, langkah itu perlu bagi memastikan keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat negara ini dapat dikekalkan.

Malah, tegasnya, teguran itu juga wajar kerana kerajaan selama ini telah banyak bertolak ansur dalam menjaga kepentingan semua kaum dan agama di negara ini.

"Kerajaan jangan berganjak dengan tuntutan dan tuduhan tidak bertanggungjawab Dong Zong ini dan harus mengambil tindakan tegas kerana provokasi mereka hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Selama ini kerajaan telah banyak berkorban dan bertolak ansur dengan mereka, jadi kita mendesak Dong Zong menghormati dan menghargai perpaduan serta keharmonian yang dinikmati rakyat ketika ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menempelak Dong Zong kerana menuduh segala pembaharuan pendidikan yang dilakukan kerajaan termasuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 meminggirkan sekolah vernakular termasuk sekolah Cina.

Menurut Mohd. Yussof, pihaknya menyokong ketegasan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memandangkan kerajaan sememangnya tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah Cina.

Sehubungan itu, kata beliau, Dong Zong perlu meneliti sejarah pendidikan di negara ini dan berhenti melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan terutamanya membabitkan soal pendidikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.