POLITIK
ARKIB : 01/12/2012
Lupakan sengketa, pertahan Putrajaya

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Biarpun masih muda, seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berjaya menyentuh emosi perwakilan untuk bersama menyanyikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pelajar kejuruteraan kimia dan biologi di Universiti Gunma, Jepun itu, Ariff Yasir Zulkafli, 23, menyanyikan rangkap pertama lagu tersebut selepas 17 minit membahaskan usul ucapan dasar Presiden dan kemudian disambut oleh Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin serta seluruh perwakilan untuk bangun bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.
Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli Majlis Tertinggi parti itu yang turut tersentuh, bangun menyanyikan lagu tersebut.
Lagu berkenaan berkaitan nasib orang Melayu yang hidup menumpang di bumi sendiri akibat sengketa sesama mereka.
Semasa menyanyikan lagu tersebut, Ariff Yasir yang merupakan Presiden Kelab UMNO Tokyo kelihatan beberapa kali sebak dan berhenti seketika.
Anak muda berasal dari Pokok Sena, Kedah itu terus menarik perhatian perwakilan apabila memberikan gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dan tidak lagi memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Cuba bayangkan anak-anak macam kami yang mengaji di luar negara, kami akan dipanggil balik sebab polisi tidak lagi dipegang oleh UMNO dan BN yang menghantar kami dulunya.
“Anak-anak ayahanda dan bonda ini tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading. Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri?" katanya sambil beberapa kali mengesat air mata.
Ariff Yasir kemudian membuat seluruh perwakilan bertambah sebak apabila merayu supaya semua ahli UMNO melupakan sengketa sesama sendiri dan kembali kepada perjuangan asal untuk membela nasib orang Melayu.
“Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan kita. Saya merayu sangat ini, saya merayu sangat ayahanda, bonda dan kanda.
“Kita lupakanlah segala sengketa. Janganlah ada sifat tamakkan jawatan dan kuasa. Biar hati kita bersih, kita buang dengki dan iri hati. Kita rapatkan saf, kita perbetulkan azam, kita bersatu, kita berpadu dan kita bersama-sama berjuang pastikan selepas PRU-13 Putrajaya masih menjadi milik kita," katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan pejuang UMNO yang membolehkan anak- anak Melayu dari kampung melanjutkan pengajian di luar negara.
“Kalau tanpa jasa anda semua, tidak mungkin kami anak-anak Melayu berada di mana kami berada sekarang. Ini menunjukkan UMNO sentiasa komited menjaga kebajikan orang Melayu dulu, kini dan selamanya," tegas beliau.
Lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah
bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh
harta benda
Akibat sengketa
di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir
ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih
sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah
di nusantara
Kita kan gagah
di nusantara
Kita kan gagah
di nusantara
Kita kan gagah
di pentas dunia
n Penulis Lirik:
Tan Sri Dr. Nordin Kardi
Bila ROS akan dedah hasil siasatan pemecatan Abdul Khalid?
Gerakan cadang jawatan Presiden 3 penggal
Menteri Besar Selangor nafi tandatangan surat 'kawalan jauh'
Perbincangan laksana hudud dalam fasa terakhir
Penduduk lupakan hasrat minta tolong
Kelulusan projek mewah keutamaan DAP?
Guan Eng jangan lepas tangan
Tetap laksana hudud tahun depan
Siasat pengundi hantu - David
Pemilihan semula CEC MIC selepas siasatan ROS selesai
Mohd. Tamrin sah keluar Pas
Kerajaan PKR Selangor ada kuasa
Dasar DAP hapuskan kampung warisan?
Kampung Mutiara: Kerajaan Pulau Pinang digesa bertindak segera
Pakatan pembangkang dicabar buat penafian terbuka isu SJKC
Pas Kelantan tidak takut DAP
'Bukan DAP, PKR sahaja perintah Selangor'
Nik Aziz ingatkan 'kalau keluar Pas, tidak siuman'
Saya belum terima surat penggantungan ahli - Saari Sungib
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












