saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/12/2012

Pas dicabar masukkan hudud dalam Buku Jingga

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Pas dicabar memasukkan hukum hudud sebagai sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga pakatan pembangkang sekiranya parti itu tidak takut kepada DAP dan ikhlas mahu melaksanakan hukum tersebut.

Wakil UMNO Kelantan, Mohd. Afandi Yusoff berkata, UMNO tidak menentang malah menyambut baik jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hudud kerana hukum itu diyakini dan ditaati oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

"Kalau benar Pas jantan dan kalau benar Pas hendak buat hukum hudud, kita cabar mereka berjuang meletakkan hudud sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga. Kalau yang itu pun tidak boleh buat, kita labelkan Pas ibarat barua.

"Saya hendak bagi pantun sedikit kepada Pas. Hisap rokok dalam kelambu, tubik (keluar) asap menjadi abu, Pas umpama jolok kayu, tetak tidak lut, gadai pun tidak laku, ayam tidak patuk dan itik pun tidak sudu," katanya semasa mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mohd. Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang mengingatkan Pas, tindakan parti itu menggambarkan UMNO murtad hanya akan terkena balik ke atas batang hidung mereka sendiri.

Katanya, ini kerana bukan UMNO tetapi Pas yang bersekongkol dengan pendokong lesbian, gay biseksual dan transgender (LGBT), golongan yang menyokong dasar keselamatan Israel serta pluralisme agama di negara ini.

"Siapa murtad sekarang? Kalau dia kata kita murtad sekali, kita boleh kata dia murtad 10 kali tetapi kita tidak kata pada dia kerana soal murtad ini berat," tegasnya.

Menurut beliau, sejak ditubuhkan 66 tahun lalu, tiada siapa pun termasuk parti pembangkang boleh menafikan sumbangan UMNO terhadap Islam di negara ini.

Katanya, ini termasuk jasa UMNO meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sehingga umat Islam dan Melayu dapat menikmati pelbagai kemudahan serta limpahan nikmat daripada Allah.

"Kita lihat hari ini, jika hendak bandingkan dengan negara lain, Malaysia yang paling banyak institusi atau jabatan agama. Ada 14 jabatan agama Islam semuanya di seluruh negara.

"Demikian juga dengan majlis agama Islam dan institusi zakat. Pencapaian ini hasil perjuangan UMNO sejak 66 tahun lalu. Malaysia juga merupakan negara paling ramai menerima mualaf memasuki Islam," ujarnya.

Beliau turut meminta kerajaan mewujudkan satu mekanisme atau jawatankuasa di peringkat kementerian bagi menapis personaliti termasuk artis agama yang propembangkang daripada sering muncul di kaca televisyen, sebaliknya memberikan lebih peluang kepada tokoh-tokoh agama daripada UMNO.

"Kita kenal mereka, kita tahu peranan dan tugas mereka di belakang tabir. Mereka masuk televisyen, bina personaliti dan apabila menjadi hebat dan popular, mereka lawan dan gigit kita balik," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.