saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/12/2012

BN guna formula 50% muka baharu

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Barisan Nasional (BN) mungkin menggunakan formula 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suntikan muka baharu itu penting memandangkan negara hanya mempunyai tempoh lapan tahun untuk mencapai status negara maju.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, dalam setiap pilihan raya sebelum ini, BN akan meletakkan sekitar 30 hingga 40 peratus muka baharu kerana mahu memastikan calon-calon yang berada di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu bersaing dengan situasi semasa.

"Namun, jumlah muka baharu itu perlu diseimbangkan dengan muka-muka lama kerana tidak semua mereka dapat memberi perkhidmatan lebih baik berbanding muka lama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, di sini semalam.

Beliau mengulas ruangan Cuit tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan Rabu lalu, berhubung formula 80 peratus muka baharu dan 20 peratus muka lama yang akan digunakan BN dalam pilihan raya akan datang.

Ahmad Zahid menjelaskan, BN tidak akan menjurus ke arah formula 80 peratus dan 20 peratus tersebut kerana melihat keseimbangan antara muka baharu dan lama itu boleh memberi kesinambungan tugas yang cemerlang kepada parti berkenaan.

Katanya, pembangkang mungkin mahu mengemukakan calon-calon baharu yang lebih berkelayakan tetapi calon-calon tersebut tidak semestinya boleh mendekati rakyat.

"Kita melihat bukan sekadar muka baharu atau berkelulusan lebih tinggi, tetapi kita juga mahu melihat mereka mendekati akar umbi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Mengulas dakwaan golongan lama atau 'warlords' dalam UMNO tidak akan memberi ruang kepada muka-muka baharu, Ahmad Zahid menjelaskan, parti-parti pembangkang sebenarnya mempunyai budaya itu yang mana ramai dalam kalangan mereka tidak mampu berkhidmat dengan cara yang sepatutnya.

Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN juga lebih mengetahui melalui maklum balas tentang personaliti bakal calon dan kawasan yang boleh dimenangi atau sebaliknya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.