saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 16/12/2012

Tiada calon Melayu dipilih

TIADA pemimpin utama Pas dan PKR yang hadir pada Kongres Kebangsaan Ke-16 DAP di Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/ismail kamadin

PULAU PINANG 15 Dis. - DAP yang selama ini berusaha untuk tampil sebagai parti pelbagai kaum hari ini menampakkan wajah cauvinis apabila tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Dalam pemilihan yang berlangsung sempena Kongres DAP Kebangsaan Ke-16 di sini, hari ini calon Melayu yang mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 348 undi, Senator Ariffin S. M. Omar hanya berada di tempat ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.

Yang turut tidak terpilih ialah bekas Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor dan mendapat 327 undi untuk berada di tangga ke-38.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyeru perwakilan DAP memberi peluang kepada calon Melayu berada dalam senarai kepimpinan DAP bagi menterjemahkan istilah parti berbilang kaum.

Keputusan tersebut sekali gus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Zairil cuma memperoleh 305 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd. Noor (216 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.

"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.

"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini tidak ada seorang pun calon Melayu. Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya.

Dalam pada itu, seperti dijangka dinasti Lim iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti menguasai dua kedudukan teratas bagi pemilihan 20 Ahli Jawatankuasa CEC.

Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dikaitkan dengan desas-desus wujudnya komplot menjatuhkannya pula mendapat undi ketiga tertinggi iaitu 1,411 undi manakala Kit Siang memperoleh 1,607 undi dan Guan Eng 1,576 undi.

Anak Karpal, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong turut tersenarai di tangga kelapan dengan 1,197 undi manakala Jagdeep Singh Deo pula gagal menyertai barisan kepimpinan Pusat apabila cuma meraih 227 undi.

Dengan kemenangan barisan kepimpinan CEC baharu yang tidak banyak berubah itu, jawatan-jawatan utama dalam DAP seperti Penasihat, Setiausaha Agung dan Presiden juga dijangka tidak berubah.

Keputusan itu sekali gus menunjukkan percubaan menghalang Karpal daripada mempertahankan jawatan seperti disiarkan Utusan Malaysia sebelum ini gagal malah pendedahan itu dilihat telah meningkatkan populariti Karpal yang dalam pemilihan CEC ke-15 berada di tangga kesembilan.

Bagaimanapun, nasib Karpal sama ada akan terus mengetuai DAP hanya akan diketahui esok apabila satu lagi mesyuarat bakal diadakan dalam kalangan 20 calon yang mendapat undi tertinggi.

Sementara itu, Karpal ketika ditemui menjelaskan, keputusan tersebut sekali gus membuktikan tiada konspirasi menjatuhkannya seperti yang digembar-gemburkan.

"Kalau ada (konspirasi) sudah tentu saya tidak terpilih. Saya gembira dengan keputusan ini," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau terkejut apabila Timbalan Setiausaha Agung, P. Ramasamy tersingkir dengan mendapat undi sebanyak 746.

"Apa-apa pun, perwakilan telah membuat keputusan secara sebulat suara," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.