saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/12/2012

Tunku Abdul Aziz: Ketiadaan calon Melayu bukti DAP parti cauvinis dan perkauman

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Ketiadaan calon Melayu di dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas gagal mendapat undi terbanyak daripada perwakilan seharusnya menyedarkan setiap orang Melayu negara ini bahawa parti tersebut bersifat cauvinis dan perkauman.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, perkara tersebut sering dibangkitkannya sebelum ini dan perkembangan yang berlaku di dalam pemilihan sempena Kongres DAP Kebangsaan Ke-16 itu jelas membuktikan orang Melayu sememangnya tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada parti berkenaan.

Beliau berkata, orang Melayu perlu menerima hakikat laungan DAP untuk membantu mereka hanyalah sekadar retorik dan cakap kosong semata-mata.

''Orang Melayu perlu sedar terhadap apa yang berlaku di Kongres DAP semalam. DAP tidak boleh diharapkan untuk membela nasib kita.

''Oleh itu, kita sebagai orang Melayu jangan percaya kepada DAP. Mereka hanya pandai cakap sahaja,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kegagalan lapan calon Melayu menjadi anggota CEC DAP apabila tidak memperoleh sokongan jitu daripada pihak perwakilan di dalam pemilihan sempena berlangsungnya kongres parti tersebut di Pulau Pinang semalam.

Dalam pemilihan itu, calon Melayu yang mendapat undi tertinggi ialah Senator Ariffin S. M. Omar, 348 undi dan berada di tempat ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.

Yang turut tidak terpilih ialah bekas Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, mendapat 327 undi dan berada di tangga ke-38.

Dalam perkembangan berkaitan Tunku Abdul Aziz turut memberitahu, tindakan DAP menentang UMNO sebenarnya adalah untuk menyerang orang Melayu.

''Inilah maksud tersirat sebab DAP menentang UMNO. Mereka mahu menyerang orang Melayu. Mereka menyerang UMNO sebab parti itu dianggotai oleh orang Melayu.

''Saya harap orang Melayu sedar tentang perkara itu,'' ujarnya.

Menyentuh isu sama bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abd. Rahman berkata, apa yang berlaku di dalam pemilihan tersebut membuktikan parti itu menolak kepimpinan orang Melayu.

Beliau berkata, DAP sebenarnya hanya memperjuangkan nasib satu kaum dan oleh sebab itu, pemilihan parti tersebut didominasi satu kaum sahaja.

''Sedarlah kita orang Melayu dengan sifat yang begitu cauvinis DAP sama ada dulu, kini atau selamanya bukan sahaja tidak memberikan tempat kepada orang Melayu, malah mereka tidak akan membantu kita.

''Oleh itu, bayangkanlah nasib kita sebagai orang Melayu jika DAP diberi mandat untuk memerintah negara. Di manakah kedudukan orang Melayu ketika itu?'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.