saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/12/2012

BN kutuk rancangan kerajaan PKR

SHAH ALAM 17 Dis. - Barisan Nasional (BN) negeri menyelar sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa menzalimi rakyat kerana mahu menaikkan bayaran lesen terhadap 90 jenis perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai tahun depan.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, dakwaan tersebut merupakan antara maklumat dan aduan rakyat yang diperoleh melalui Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) yang dikendalikan BN negeri.

Paling mendukacitakan kata beliau, selain premis perniagaan, kerajaan negeri juga dijangka mengenakan bayaran lesen kepada premis-premis rumah kebajikan melibatkan orang tua, orang kurang upaya (OKU) termasuk pusat jagaan kanak-kanak persendirian.

Menurutnya, ketika pentadbiran Selangor di bawah BN, kadar bayaran lesen kepada peniaga tidak dinaikkan manakala premis-premis kebajikan seperti orang tua, OKU dan pusat penjagaan kanak-kanak tidak dikenakan sebarang bayaran.

"Apakah rasional kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas mahu mengenakan bayaran lesen kepada pusat-pusat kebajikan berkenaan?

"Kita anggap rancangan menaikkan bayaran lesen itu membebankan rakyat. Apatah lagi rancangan itu mahu dilaksanakan ke atas rumah kebajikan yang operasinya tidak bermotifkan keuntungan, malah mendapat sumbangan daripada orang ramai," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang mendesak kerajaan negeri membatalkan rancangan tersebut dan tidak menjadikan rumah-rumah kebajikan sebagai sasaran utama bagi menambah sumber hasil kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau turut membantah tindakan kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dikatakan menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk di kawasan Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang.

Kenaikan itu katanya, tidak masuk akal selain bertentangan dengan janji kerajaan negeri kepada rakyat Selangor pada manifesto pilihan raya umum lalu yang mahu menurunkan 20 peratus cukai pintu bagi kediaman dan 10 peratus bagi premis perniagaan di negeri ini.

"Kalau diteliti daripada 2011 hingga 2012, cukai pintu yang dicatatkan mengalami kenaikan dan dijangka bertambah lagi pada 2013. Malah, kita menerima maklumat ada penduduk bayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada 2011 dan jumlah itu akan meningkat kepada RM23,040 pada 2013," jelasnya.

Tambahnya, kenaikan cukai pintu dilihat tidak mempunyai kewajarannya memandangkan perkhidmatan yang diberikan oleh PBT terlibat tidak setimpal terutamanya dalam soal perkhidmatan perbandaran seperti kutipan sampah, penyelenggaraan jalan, perparitan dan sebagainya.

Malah berdasarkan aduan yang diterima menerusi Pakar katanya, 30 peratus rungutan rakyat di negeri ini adalah melibatkan perkhidmatan perbandaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.