saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/12/2012

Istilah tuhan lebih tepat ganti God dalam kitab Injil versi bahasa Melayu - Pas

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Pas berpendirian kitab Injil versi bahasa Melayu harus menggunakan istilah God dalam merujuk kepada tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab itu.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memandangkan kitab Injil versi bahasa Melayu adalah terjemahan teks asal bahasa Inggeris sewajarnya istilah God tidak diterjemah sebagai Allah kerana terjemahan tepatnya ialah tuhan.

"Menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

"Bagaimanapun, Pas boleh menerima penganut Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan Pas sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi portal rasmi Pas, Harakahdaily.net hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sambutan Hari Krismas kelmarin yang menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Injil versi bahasa Melayu.

Tuan Ibrahim berkata, Pas melihat isu penggunaan nama Allah dalam terjemahan kitab Injil berbahasa Melayu itu tidak mencerminkan maksud sebenar teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.

Malah, jelasnya, cadangan itu juga telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

"Nama Allah merupakan nama khusus yang mesti dipelihara kesuciannya, tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan pada tempat yang tidak layak seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat makhluk seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk," katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau, permintaan menggunakan perkataan Allah dalam terjemahan kitab Injil versi bahasa Melayu oleh Guan Eng adalah tidak wajar.

Bahkan katanya, masyarakat Barat sekalipun tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God sama ada dalam pertuturan, penulisan atau filem sebaliknya sering menggunakan istilah Lord.

Beliau memberitahu, walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya dalam kalangan ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani, tindakan keluar daripada khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

"Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama seperti kalimah syahadah dan Allah, tidak boleh disebut sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana boleh menimbulkan kemarahan dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara kini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.