saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 29/12/2012

Tanya mereka lebih berjaya, bilionair - Koo Ham

IPOH 28 Dis. - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meminta mereka yang mempersoalkan kekayaannya agar bertanyakan soalan itu kepada ahli perniagaan yang lebih berjaya terutama yang bertaraf bilionair.

Koo Ham berkata, rakyat memang berhak untuk bertanya tentang kekayaan seorang penjawat awam serta bagaimana wang rakyat dan tanah kerajaan ditadbir, tetapi bukan terhadap harta kekayaan individu.

“Saya bukan penjawat awam. Kalau mereka hendak tanya tentang harta atau duit kepunyaan orang perseorangan, kita ini bukan kaya sangat, tetapi sebelum menceburi politik, saya sudah ada sedikit sebanyak duit.

“Kalau hendak tanya dan belajar bagaimana dapat duit banyak, tanyalah mereka yang lebih berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan bilionair lain. Saya bukan bilionair," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan dua pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa termasuk membeli tanah bernilai puluhan juta ringgit bagi melaksanakan projek pembalakan di Kelantan.

Dua pemimpin NGO berkenaan turut meminta dua pemimpin DAP itu menjelaskan kepada rakyat bagaimana mereka boleh memiliki hampir 100 peratus ekuiti dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang menjalankan projek tersebut.

Ditanya sama ada beliau bersedia disiasat SPRM berhubung isu tanah di Kelantan itu, Koo Ham berkata, ia tidak menjadi masalah tetapi SPRM juga perlu menyiasat isu skandal tanah di Perak yang dibangkitkan oleh beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

“Seperti yang kita tahu, usaha saya di Kelantan melibatkan satu pelaburan. Kalau SPRM hendak tahu lebih lanjut boleh tanya Datuk Peter Chin Fah Kui dan Datuk Dr. Awang Adek Hussin selaku menteri bertanggungjawab pada masa itu.

“Kedua-duanya ada menyokong projek itu. Kalau tidak ada rasuah, SPRM mesti tangkap mereka yang membuat laporan palsu," katanya sambil menegaskan tidak pernah memberi atau menerima satu sen pun rasuah sepanjang hidupnya.

Koo Ham berkata, beliau bersikap telus dan menjelaskan segala persoalan yang dibangkitkan berkaitan syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. dan meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir supaya mengambil pendekatan sama.

“Sekarang, saya sudah jelaskan dan saya mencabar Zambry supaya menjelaskan tuduhan yang dibangkitkan terhadap beliau dan kerajaan negeri pimpinannya terutama membabitkan skandal tanah bernilai berbilion ringgit yang dibangkitkan pada sidang DUN baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Koo Ham mendakwa sebuah akhbar arus perdana menyiarkan berita palsu apabila melaporkan Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. terbabit dalam aktiviti pembalakan sejak April lalu di tanah yang diperolehi oleh syarikat itu untuk program penanaman semula di Gua Musang.

Tegasnya, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. belum mengeluarkan sebatang pokok balak pun dari kawasan tersebut sejak beliau dan beberapa pelabur lain mengambil alih syarikat tersebut pada April lalu.

“Laporan itu adalah palsu. Foto yang menunjukkan longgokan kayu balak untuk dibawa keluar bukan dari tanah di mana Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. melakukan program penanaman semula dan gambar muka depan akhbar itu juga mungkin diambil dari tempat lain," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.