saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/01/2013

Selangor tidak halang - Khalid

SHAH ALAM 9 Jan. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuat pendirian untuk membenarkan agama bukan Islam menggunakan kalimah Allah selagi tidak mempunyai unsur-unsur penghinaan terhadap kalimah tersebut.

Keadaan itu sekali lagi dilihat seolah-olah melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri ini oleh mana-mana agama bukan Islam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merujuk kepada warta kerajaan negeri Selangor iaitu fatwa di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang diwartakan pada 2010 dengan mendakwa bahawa tindakan sekatan diambil jika terdapat penyalahgunaan kalimah tersebut dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan.

Ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri terhadap titah Sultan Selangor, beliau berkata, pihaknya menerima bahawa kuasa negeri mengenai agama Islam dan undang-undang berkenaan adalah di bawah sultan.

''Kuasa itu diterima oleh kerajaan negeri, ini adalah kerana undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Pakatan pembangkang semalam membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi agama bukan Islam dengan syarat perkataan itu tidak disalahgunakan.

Abdul Khalid yang mempertahankan pendiriannya itu atas alasan perkara tersebut adalah mengikut peruntukan dalam warta yang diletakkan di bawah jadual Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah iaitu; ''Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.

''Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terhadap unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

Beliau yang juga memegang portfolio Hal Ehwal Islam negeri memberikan contoh, masyarakat bukan Islam boleh menggunakan Allah seperti turut sama menyanyikan lagu negeri Selangor yang mempunyai kalimah tersebut kerana perkara itu tidak mempunyai unsur penghinaan.

''Kalau kita kata Allah selamatkan Tuanku, itu bukan satu penghinaan, jadi tidak adalah, undang-undang memperuntukkan demikian, kadang-kadang kita tidak baca perkataan 'hanya ada unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan', kalau hina jadi tidak bolehlah (guna Allah)...tiada orang menyanyi untuk hina,''katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.