saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 21/01/2013

Jangan buang masa lobi jadi calon - Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi (belakang, tengah) bergambar bersama sebahagian daripada 406 murid yang menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 masing-masing sebanyak RM100 di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Hutan Melintang, Bagan Datoh, Perak semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

BAGAN DATOH 21 Jan. - Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) yang tersingkir daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-13 dinasihatkan supaya tidak melobi pada saat akhir kerana tindakan itu hanya membuang masa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka tidak perlu melobi ketua perhubungan negeri, anggota majlis tertinggi atau naib presiden parti untuk menjadi calon kerana beliau percaya Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempunyai senarai calon yang sesuai.

“Pada hemat saya Perdana Menteri selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO telah mempunyai senarai calon yang sesuai bagi menggantikan kawasan-kawasan yang mempunyai calon yang bermasalah," katanya selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat di sini, hari ini. Menurut Ahmad Zahid, Najib telah meminta tiga nama yang berpotensi sebagai calon disenarai bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN kira-kira lapan bulan lepas dan sudah pasti Perdana Menteri telah menilai senarai berkenaan.

“Namun terdapat nama-nama yang didapati tidak sesuai untuk menjadi calon walaupun ia dikemukakan oleh kepimpinan akar umbi disebabkan laporan-laporan yang tidak memihak kepada calon berkenaan.

“Yang demikian ada kemungkinan di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN terpaksa dicari calon lain," katanya. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, calon yang dianggap mempunyai kelebihan mungkin terdiri daripada tokoh akademik, korporat atau tokoh-tokoh lain yang boleh memenangkan sesuatu kawasan yang ditandingi BN.

“Jadi, jangan anggap mereka sebagai calon payung terjun. Itu adalah calon daripada parti," katanya. - BERNAMA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.