saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/01/2013

Majlis Syura Ulama pecat Nasharudin

Nasharudin kini ahli biasa di dalam Pas.

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.

Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan memberitahu, Nasharudin terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai ‘mesra kerajaan Pusat.’

Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat.

Bagaimanapun keahlian Nasharudin dalam Pas masih kekal tetapi cuma sekadar ahli biasa.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.

“Saya bukan ahli Majlis Syura Ulama tetapi Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh telah mengesahkan kepada saya bahawa Nasharudin memang telah dipecat. Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama ketika mesyuarat pada 13 Januari lalu.

“Nasharudin dipecat kerana antaranya beliau kerap tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama dan selalu membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian serta ketetapan majlis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nasharudin selama ini dilihat sebagai duri dalam daging kepada kumpulan pro-Anwarinas yang kini menguasai Pas kerana sentiasa konsisten mempertahan soal hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah serta lantang mengkritik kebiadaban pemimpin DAP.

Malah, sebelum ini beliau pernah dihadap ke lembaga disiplin Pas kerana mendakwa Karpal Singh yang menentang keras hukum hudud dan penubuhan negara Islam sebagai anti-Islam sehingga Pengerusi DAP itu mengugut mahu mendakwanya di mahkamah.

Dalam pada itu, ditanya mengapa keputusan pemecatan Nasharudin hanya dibuat hari ini dan tidak diumum terus pada 13 Januari lalu, Mustafa berkata, beliau tidak dapat mengulas tentang perkara berkenaan kerana mendakwa beliau bukan ahli majlis syura.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.