saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/02/2013

Perpaduan ummah: Berjasa alu-alukan Nasharuddin

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mengalu-alukan pihak yang mengutamakan perpaduan ummah termasuk bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk menyertai atau bertanding di atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Berjasa, Mohd. Yusoff Haron berkata, pihaknya sedia terima sesiapa sahaja yang mahu memperkasakan Islam.

“Berjasa boleh bekerjasama dengan semua pihak yang boleh menyumbang kepada kebaikan negara dan rakyat. Berjasa mahu menjadi jambatan ukhuwah Islamiah dan menggantikan politik kebencian dan pecah-belah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Yusoff berkata, pada pilihan raya umum ke-13 nanti, Berjasa akan meletakkan calon di 50 kerusi Parlimen di Selangor, Perak dan Johor selain 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ditanya sama ada Berjasa akan memecahkan undi orang Melayu pada PRU-13, beliau menolak tanggapan sedemikian dan sebaliknya percaya Berjasa boleh menguatkan perpaduan orang Melayu.

Berjasa ditubuhkan pada 1977 sebagai parti alternatif kepada Pas.

Nasharudin yang dipecat dari Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau bagaimanapun kekal sebagai ahli Pas. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.