saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/02/2013

NGO desak Karpal Singh mohon maaf secara terbuka

BACHOK 10 Feb. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati) menggariskan tiga kesalahan besar Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dianggap telah mencabar kedudukan Islam di negara ini.

Aktivis Ummati, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, tiga perkara itu ialah menentang hukum hudud, menentang pelaksanaan negara Islam dan isu penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam.

Menurutnya, ketiga-tiga perkara itu menyentuh sensitiviti agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Ummati mendesak Karpal memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada seluruh umat Islam bagi mengekalkan keamanan masyarakat berbilang agama dalam negara.

"Karpal perlu ingat, sebelum ini orang Islam tidak pernah mengganggu-gugat atau mencabar kedudukan agama-agama lain malah orang Islam menghormati kebebasan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di Kampung Perupok dekat sini malam tadi.

Karpal sebelum ini pernah mencabar umat Islam dengan berkata "langkah mayat saya dulu" ketika memberi reaksi terhadap isu pelaksanaan hudud di negara ini dan pada masa sama beliau turut menentang penubuhan negara Islam.

Dalam polemik isu kalimah Allah, beliau terus mempertikaikan kalimah suci itu sebagai hak eksklusif bagi orang Islam untuk diguna pakai oleh agama-agama lain.

Sementara itu, Mohd. Syamsul berkata, kegagalan Karpal berbuat demikian bererti beliau sengaja mahu mengundang ketegangan agama di samping perpecahan masyarakat berbilang kaum dalam negara.

"Sebagai pejuang agama kami tidak akan berhenti daripada terus mendesak karpal selagi dia tidak mempedulikan desakan kami.

"Kami juga tidak akan terus membiarkan budaya biadab daripada mana-mana golongan atau pihak yang cuba untuk mengganggu-gugat kestabilan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.