saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/02/2013

Perjuang Islam, sandiwara politik Guan Eng

Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya parti itu memperjuangkan Islam dianggap sesuatu yang melucukan dan hanya sandiwara demi meraih undi orang Melayu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beliau tidak faham kenapa Guan Eng sanggup membuat kenyataan itu sedangkan tindak-tanduk DAP sebelum ini jelas 'melukakan' perasaan umat Islam termasuk berhubung isu kalimah Allah.

"Mustahil DAP perjuangkan Islam. Semua itu pembohongan demi memancing undi orang Melayu. Saya juga tidak faham bagaimana pemimpin-pemimpin Pas boleh mendiamkan diri dan membiarkan Guan Eng bercakap sesuka hati tentang Islam.

"Saya rasa sungguh lucu dan marah dengan kenyataan 'bodoh' Guan Eng, nampaknya sekarang orang bukan Islam pun boleh perjuangkan Islam di negara ini. Hebat sungguh," katanya secara sinis ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Guan Eng semalam dalam konvensyen pakatan pembangkang yang menegaskan DAP juga berperanan dalam menegakkan Islam di negara ini.

Menurut Tunku Aziz, adalah mustahil bagi DAP memperjuangkan Islam atau kebajikan orang Melayu kerana parti tersebut seringkali menjaga kepentingan satu kaum sahaja.

"Tidak mungkin parti cauvinis seperti DAP boleh memperjuangkan Islam atau menjaga kebajikan orang Melayu. Jangan terus biarkan diri dibohongi demi kesinambungan sesetengah parti politik," tegasnya.

Tunku Aziz turut memberi amaran kepada DAP supaya tidak berterusan 'mempergunakan' orang Melayu atau agama Islam sebagai modal politik dalam perjuangan parti itu.

Menurutnya, DAP akan terus menggunakan Islam sebagai pertaruhan bagi mendapat sokongan orang Melayu demi kelangsungan politik parti itu.

Jelasnya, jika benar Guan Eng dan DAP menghormati agama Islam, pemimpin itu tidak akan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Janganlah memperbodohkan orang Melayu dengan menggunakan Islam sebagai pertaruhan politik DAP. Saya harap orang Melayu juga tidak terjebak dengan tindakan DAP mempermainkan isu agama Islam.

"Bukan saya tidak tahu, Islam dan orang Melayu memang 'permainan DAP'. Selama ini pun DAP tidak pernah memperjuang dan menyokong Islam. Apa yang Guan Eng dan DAP laungkan sekarang sama seperti cakap tidak serupa bikin," katanya.

Berikutan itu, Tunku Aziz sekali lagi meminta umat Islam berhati-hati dalam menghadapi taktik dan permainan kotor politik DAP terutama membabitkan isu orang Melayu dan Islam.

Tambah beliau, orang Melayu perlu melihat nasib yang menimpa kaum sendiri di Pulau Pinang sebelum mempercayai kata-kata Guan Eng.

"Dulu sebelum dapat Pulau Pinang memanglah DAP janji hendak membela orang Melayu, tetapi pembelaan mereka hanya dengan pemberian wang RM100. Selepas itu tengoklah apa jadi dengan orang Melayu di sana," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.