saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/03/2013

Zainon cabar Azizan bersemuka

JERAI 9 Mac - Bekas ahli Pas, Zainon Ismail mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersemuka dengannya bagi membincangkan isu penyelewengan Tabung Memali.

Zainon atau nama penanya, CN Al-Afghani berkata, Azizan perlu tampil menjelaskan kepada penduduk negeri ini terutamanya penyokong Pas tentang ke manakah kutipan wang tabung itu disalurkan.

"Saya cabar Menteri Besar bersemuka dengan saya di pentas Pas. Adakan forum di hadapan ahli Pas untuk jelaskan ke mana perginya wang itu.

"Adakan di mana-mana sahaja, saya akan datang ke hadapan rumah Azizan di Sungai Limau pun tidak mengapa," katanya ketika menyampaikan ceramah "Membongkar Penyelewengan Tabung Memali" di Guar Chempedak di sini malam tadi.

Ceramah anjuran Pemuda UMNO Bahagian Jerai itu dihadiri kira-kira 300 orang termasuk Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Suhaimi Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail.

Zainon memberitahu, beliau menerima pelbagai penghinaan termasuk ugutan daripada ahli Pas Kedah ekoran tindakannya mendedahkan penyelewengan Tabung Memali dalam bukunya Air Mata Di Bumi Memali pada 2010.

"Apabila saya tulis buku itu, ramai yang ugut dan hina saya. Apabila saya bagi ceramah untuk dedahkan isu yang membabitkan penganiayaan ke atas mangsa Memali terutama balu mereka yang terkorban, ada yang larang saya masuk masjid.

"Ada yang mempersoalkan kenapa saya berdiri di pentas UMNO? Hakikatnya Pas tidak memberi peluang untuk saya jelaskan isu ini.

"Saya hanya ingin berjuang untuk mangsa Memali, mereka perlu dapatkan semua hak terutama anak yatim dan balu yang merana," katanya.

Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 iaitu setahun selepas tragedi di Kampung Memali, Baling pada November 1985 bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta membantu kos sara hidup mangsa Memali.

Zainon turut menempelak corak pentadbiran Kerajaan Kedah Pas yang disifatkannya sebagai jauh tersasar daripada perjuangan parti itu menegakkan syiar Islam.

"Dahulu ketika menjadi pembangkang, Pas mengatakan hiburan itu haram termasuklah pusat karaoke dan kelab malam. Tetapi kini selepas memerintah kita lihat apa sudah jadi, pusat-pusat hiburan bercambah di mana-mana sahaja.

"Pusat karaoke bukan sahaja di bandar besar tetapi sudah masuk ke Jeniang, Sik malah Baling," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.