saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/03/2013

Hak Melayu, Islam tergadai kerana parti Melayu pembangkang lemah

Dr. Mahathir Mohamad bersama Ibrahim Ali (tiga dari kiri), Abu Bakar Yahya (empat dari kiri) dan ahli Perkasa serta NGO lain melaungkan slogan Selamatkan Selangor dalam majlis penutup Konvoi Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/ Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 10 Mac - Kelemahan parti Melayu dalam pakatan pembangkang telah menyebabkan kaum lain tidak menghormati orang Melayu dan lebih teruk lagi hak keistimewaan Islam turut tergadai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaum lain di negara ini sepatutnya menghormati hak Melayu dan Islam kerana kedua-duanya telah menjadi bahasa dan agama rasmi negara ini sejak sekian lama.

Namun katanya, ekoran kelemahan parti Melayu dalam pakatan pembangkang yang sentiasa mengikut arahan kroni mereka, hak Melayu dan Islam telah menjadi taruhan.

"Sebagai contoh yang paling jelas ialah melalui isu kalimah Allah apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberikan kebenaran kepada kaum lain untuk mengunakan kalimah suci itu.

"Jika perkara ini terus berlaku dan parti Melayu dalam pakatan pembangkang terus mengikut telunjuk kaum lain, tidak mustahil masyarakat Melayu akan menjadi hamba dan kuli di bumi sendiri," katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup Konvoi Selamatkan Selangor anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.

Menurut Dr. Mahathir, jika rakyat terus memilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), segala usaha Barisan Nasional (BN) untuk memartabatkan bangsa Melayu akan terus dihapuskan.

"Jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, percayalah, kedudukan orang Melayu akan diketepikan. Kaum lain telah menguasai ekonomi negara ini dan jika politik turut dikuasai oleh mereka, anda fikirlah sendiri.

"Oleh itu, kita harus bertindak tegas dan memilih BN iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak Melayu dan pada masa sama menyamaratakan hak kaum lain di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar selaku pengerusi penganjur ketika ditemui pemberita berkata, hampir 3,000 peserta menyertai Konvoi Selamatkan Selangor dan kesemuanya merupakan anak jati negeri ini.

"Kesemua mereka menaiki motosikal menjelajah ke semua daerah di Selangor sambil membawa bendera negeri dan bendera Perkasa.

"Kita turut berkonvoi ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kampung Rantau Panjang, Klang untuk menziarah kubur wira negara, Allahyarham Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, yang gugur diserang pengganas Sulu di Sabah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.