saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 21/03/2013

Lum Yong dakwa Azmin kini 'kepanasan'

Azmin Ali

KUALA LUMPUR 20 Mac - Bekas pengasas bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendakwa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kini dalam kepanasan ekoran isu yang melibatkan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Lum Yong berkata, beliau difahamkan keadaan itu berlaku disebabkan tekanan hebat yang dilakukan oleh para penyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terhadap Azmin

Selain itu, beliau turut mendapat maklumat awal yang Azmin akan menyalahkan UMNO dalam usahanya melepaskan diri daripada terus menerima tekanan politik di dalam PKR.

Berikut kenyataan penuh Lum Yong;

1. Kita difahamkan bahawa Azmin Ali dalam kepanasan sebab penyokong-penyokong Wan Azizah memberi tekanan hebat kepada beliau berikutan episod Fareez Kamal. Kita dapat maklumat awal bahawa Azmin akan menyalahkan UMNO untuk lepas tengkuk sendiri daripada terus menerima tekanan politik dalam PKR. Jika benar maka ia merupakan satu tindakan yang dayus.

2. Semua orang tahu siapakah yang akan untung daripada tindakan Fareez Kamal. Fareez merupakan penyokong tegar Azmin yang bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Zuraida. Azmin Ali yang menyuruh Zuraida ambil Fareez bekerja.

3. Tidak mungkin Fareez Kamal berani menulis surat kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas jika beliau tidak dijanjikan perlindungan politik daripada pihak tertentu. Dengar kata Fareez diberi jaminan bahawa beliau tidak akan dipecat daripada PKR atas tindakan memperlekehkan Wan Azizah. Tindakan Fareez adalah untuk membuktikan kepada semua ahli parti PKR bahawa Wan Azizah seorang pemimpin yang lemah dan lesu.

4. Pihak PKR sudah pasti akan menyalahkan UMNO sebab mereka terpaksa mengalihkan perhatian ramai daripada masalah pergelutan kuasa dalam parti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.