saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 23/03/2013

291 ahli tinggalkan PKR, sertai BN

P. KAMALANATHAN (dua kiri) memakaikan kemeja T BN kepada bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa Hulu Bernam, Peter Muniandy (tiga kiri) dan bekas Ketua Cawangan PKR Kawasan Taman Wawasan Batang Kali, Rajeswary Krishnan (kiri) serta bekas Ahli PKR Bernam Jaya, Kanniamma Singaravelu (kanan) pada majlis penerimaan borang kemasukan 291 ahli PKR yang menyertai BN di Pejabat Khidmat Parlimen Hulu Selangor Bandar Bukit Beruntung di Rawangi, hari ini. - BERNAMA

RAWANG 23 Mac - Seramai 291 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Hulu Selangor hari ini bertindak menyertai Barisan Nasional (BN) selepas kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.

Mereka meluah kekesalan apabila termakan pelbagai janji manis PKR sehingga sanggup memilih parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

Bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, Peter Muniandy, 40, berkata, beliau kecewa dengan kepimpinan PKR yang didakwa langsung tidak turun menjenguk penduduk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memerlukan bantuan juga tidak diendah.

"Saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli langsung.

"Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok penduduk dan beri bantuan yang diperlukan," katanya kepada pemberita.

Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Changkat Asa berkata, beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya.

"Saya hidup susah, suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, kemasukan anggota PKR ke dalam BN memberi satu suntikan semangat kepada BN Hulu Selangor untuk mencurah lebih banyak khidmat kepada rakyat.

"Dalam perbualan kami tadi, mereka kata antara sebab yang membuatkan mereka menyertai BN ialah kerana menaruh kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, satu-satunya pemimpin yang dapat membantu mereka tidak kira apa masalah pun.

"Datuk Seri Najib berjaya mengotakan janji dan sentiasa membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik. Ini yang mereka nampak," katanya.

Beliau optimis lebih ramai anggota pakatan pembangkang akan menyertai BN kerana semakin sedar akan kesungguhan parti komponen itu membantu rakyat. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.