POLITIK
ARKIB : 01/04/2013
PRU-13: Kerajaan PKR Selangor menzalimi rakyat - Noh Omar
KUALA SELANGOR 1 April - Kezaliman Kerajaan Negeri Selangor terserlah selepas tergamak mengenakan bayaran premium tinggi kepada rakyat negeri ini yang ingin mendapatkan geran tanah.
Sebagai contoh, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar, rakyat ketika ini perlu membayar sehingga RM38,000 bagi harga premium untuk 0.4 hektar tanah di Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang dekat sini.
Sedangkan, tambah beliau, sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini, bayaran tersebut hanya berjumlah RM356.
"Penduduk di kawasan itu dan kawasan berhampiran seperti di Kampung Sireh yang lambat mendapatkan Borang 5A iaitu selepas PRU ke-12 dikenakan bayaran yang jauh lebih tinggi oleh Kerajaan PKR Selangor, bukankah ini satu bentuk kezaliman kepada rakyat," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bersama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin di Kampung Permatang, di sini malam tadi.
Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Razak dan ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjung Karang.
Noh berkata, kezaliman Kerajaan PKR Selangor turut dapat dilihat dalam isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang cuba dirampas hingga menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sepatutnya dibina di tapak berkenaan dipindahkan ke Jasin, Melaka. - UTUSAN
Bila ROS akan dedah hasil siasatan pemecatan Abdul Khalid?
Gerakan cadang jawatan Presiden 3 penggal
Menteri Besar Selangor nafi tandatangan surat 'kawalan jauh'
Perbincangan laksana hudud dalam fasa terakhir
Penduduk lupakan hasrat minta tolong
Kelulusan projek mewah keutamaan DAP?
Guan Eng jangan lepas tangan
Tetap laksana hudud tahun depan
Siasat pengundi hantu - David
Pemilihan semula CEC MIC selepas siasatan ROS selesai
Mohd. Tamrin sah keluar Pas
Kerajaan PKR Selangor ada kuasa
Dasar DAP hapuskan kampung warisan?
Kampung Mutiara: Kerajaan Pulau Pinang digesa bertindak segera
Pakatan pembangkang dicabar buat penafian terbuka isu SJKC
Pas Kelantan tidak takut DAP
'Bukan DAP, PKR sahaja perintah Selangor'
Nik Aziz ingatkan 'kalau keluar Pas, tidak siuman'
Saya belum terima surat penggantungan ahli - Saari Sungib
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












