saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/04/2013

Anwar dicabar saman Aquino yang menuduhnya konspirator isu Lahad Datu

KUALA LUMPUR 7 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya menyaman pihak-pihak yang mendakwa Ketua Pembangkang itu sebagai salah seorang konspirator di sebalik pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah.

Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faizal Affendi, antara yang sepatutnya disaman oleh Anwar ialah Presiden Filipina, Beningno Aquino, badan perisikan tentera dan media negara itu.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

1. Kita cabar Anwar Ibrahim saman akhbar Inquirer News, The Manila Times, Al Jacinto, agensi berita Reuters dan Badan Risikan Tentera Filipina sebab mereka membuat laporan menyatakan Anwar antara tiga dalang di belakang pencerobohan Lahad Datu.

2. Kita juga cabar Anwar saman Presiden Beningno Aquino sebab beliau mengesahkan bahawa ada tiga kumpulan yang menjadi dalang atau tali barut dalam konspirasi serangan di Sabah. Antara tiga konspirator ini, satu adalah pihak dari Malaysia yang sanggup menjadi tali barut untuk menghancurkan negara sendiri.

3. Anwar perlu menghentikan 'sandiwara saman' sebagai taktik lapuk untuk tutup mulut orang ramai. Anwar sepatutnya memakai rambut palsu jika tidak mahu Badan Perisik Filipina mengenali beliau semasa pertemuan dengan Nur Misuari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.