saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 21/04/2013

Guan Eng didesak berehat

KUALA LUMPUR 20 April - Ahli-ahli DAP mendesak Lim Guan Eng supaya berehat sementara daripada jawatan Setiausaha Agung DAP sehingga masalah Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu yang tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS) diselesaikan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah daripada DAP, M. Manoharan menyarankan tiga pemimpin kanan DAP bagi mengambil alih tugas Guan Eng.

Menurut beliau, pemimpin itu ialah Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

"Buat masa ini, ahli CEC DAP tidak diiktiraf ROS, oleh itu, semua ahli berada dalam kedudukan sama rata.

"Sehubungan itu, saya serta beberapa ahli DAP lain mendesak Guan Eng berehat sementara waktu daripada jawatannya sebagai Setiausaha Agung demi kebaikan parti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC parti berkenaan tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas DAP dikatakan gagal memberi notis kepada sebanyak 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Ekoran itu, ROS menjalankan siasatan berhubung kesilapan tersebut selepas menerima laporan daripada ahli-ahli DAP sendiri.

Walau bagaimanapun, siasatan ROS itu dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin DAP kononnya sebagai cubaan menekan dan bertindak tidak adil terhadap parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Manoharan, perkara utama yang perlu dilakukan DAP sekarang adalah memenuhi syarat ditetapkan ROS iaitu membentuk CEC yang sah dalam tempoh sebulan.

Selain itu, tambah beliau, jawatankuasa pemilihan CEC tersebut juga perlu menghantar notis jemputan kepada semua wakil yang layak mengundi bagi menghadiri Kongres Kebangsaan Parti.

Sementara itu, mengulas penggugurannya sebagai calon DAP DUN Kota Alam Shah, Manoharan berkata, beliau akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti dan akan tetap berjuang sebagai ahli parti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.