saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/04/2013

Pas patut sedar, keluar pakatan - Murugan

A.K. Murugan

JOHOR BAHRU 29 April - Pas sepatutnya sedar sejak awal lagi dan keluar daripada pakatan pembangkang memandangkan DAP bukanlah sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum, selain masyarakat Cina.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, Skudai, A.K. Murugan berkata, setelah sekian lama, DAP telah memberikan pelbagai petunjuk bahawa mereka mengamalkan sifat perkauman dan Pas perlu menerima hakikat tersebut.

"Sebagai wakil kaum India dalam DAP, saya telah banyak mengutarakan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat India, namun dipandang sepi oleh kepimpinan DAP negeri.

"Itulah sebab utama saya tidak menyokong perjuangan DAP yang mementingkan diri dan tidak menghormati kaum lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Murugan mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez dalam sebuah blog yang mengingatkan rakyat negeri itu khususnya pengundi bukan Islam agar menolak Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei ini.

Menurut Norman, tindakan itu perlu memandangkan Pas dilihat tidak konsisten dalam pendiriannya melaksanakan hukum hudud dan parti itu juga gagal menterjemah semangat 'rakan kongsi' yang sebenar dalam pakatan pembangkang.

Kenyataan Norman itu dipetik dalam artikelnya yang disiarkan menerusi blog OutSyed The Box, http://syedsoutsidethebox.blogspot.com, yang diterbitkan 27 April lalu.

Pada masa yang sama, Murugan turut menyifatkan bahawa Norman bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut disebabkan kecewa tidak dipilih oleh pucuk pimpinan DAP sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Rinting pada pilihan raya umum ini.

"Ini tindakan yang bagus kerana tidak mencalonkan Norman memandangkan beliau seorang peguam yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak boleh berfungsi sebagai wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat pula menuduh media sengaja membangkitkan semula isu tersebut kerana perkara itu sudah lama berlalu dan telah diselesaikan.

Dakwanya, isu terbabit telah pun melalui proses perbincangan dalaman antara Pas dan DAP negeri dan masing-masing mencapai persefahaman serta dianggap selesai.

"Tak perlu dibangkitkan semula isu lapuk tersebut kerana entri dalam blog berkenaan hanya dimuat naik semula, sedangkan telah lama diselesaikan oleh kedua-dua parti di peringkat negeri," katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia gagal mendapatkan komen daripada Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau dan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed kerana panggilan tidak berjawab, manakala Fernandez pula tidak mahu memberikan sebarang komen.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.