saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/05/2013

Ingin kembali ke pangkal jalan

AZLAN Mohd. Lazim menunjukkan kenyataan akhbar selepas mengadakan sidang akhbar menarik balik kenyataannya awal Mac lalu di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 1 Mei - Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim yang mengakui mahu 'kembali ke pangkal jalan' menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan mengaku kejadian liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Azlan insaf dengan kenyataannya sebelum ini dan menyifatkannya sebagai pengkhianatan besar terhadap Saiful, turut mengakui kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar seperti didakwanya Mac lalu.

Beliau seterusnya menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta-merta tanpa ingin menyertai mana-mana parti lain.

Malahan menurut beliau, ibunya, ahli keluarga dan rakan-rakan turut tidak merestui pengkhianatan itu dan pengakuan hari ini dibuat demi menjalinkan kembali keharmonian hubungan antara beliau dengan ibunya, Mohd. Saiful serta seluruh ahli keluarga terlibat yang tercalar sejak Mac lalu.

"Kesedaran ini timbul dalam diri saya sendiri. Saya berasa insaf dan benda ini kesilapan besar yang saya lakukan kerana selama ini saya membela anak saya tetapi tiba-tiba satu ketika saya mengkhianati sumpah beliau.

"Saya perlu insaf balik, rasanya tidak terlambat dan sebagai manusia biasa, saya pun buat kesilapan. Jadi tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga untuk kembali ke pangkal jalan dengan anak-anak dan keluarga saya," katanya dalam sidang akhbar di lobi sebuah hotel di sini hari ini.

Pada 8 Mac lalu, Azlan yang ditemani pemimpin PKR, Datuk Johari Abdul tampil dalam satu sidang akhbar mendakwa kes liwat di antara Anwar dan Mohd. Saiful pada 2008 merupakan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar yang dirancang seorang pegawai khas Jabatan Perdana Menteri, Khairil Anas Jusoh.

Azlan selepas itu dalam satu majlis ringkas lain serta tidak memberi banyak ruang kepada pemberita untuk bertanyakan soalan, turut mengumumkan menyertai PKR.

Berbeza dengan kedua-dua majlis Mac lalu, Azlan hari ini kelihatan lebih santai tanpa dikawal mana-mana pihak namun ditemani beberapa rakan yang membantu mengedarkan kenyataan media tulisan tangan yang dibaca beliau pada awal sidang akhbar tersebut.

Beliau juga membuka ruang kepada kira-kira 20 petugas media yang hadir untuk bertanyakan soalan sehingga kesemua pemberita berpuas hati dan tidak mempunyai sebarang soalan lanjut.

Sementara itu, kata Azlan, beliau tidak perlu bersumpah bagi membuktikan kejadian liwat di antara Anwar dengan anaknya benar-benar berlaku kerana berpegang pada sumpah laknat Mohd. Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2008 yang turut ditemaninya.

Menjawab satu soalan, katanya, beliau lega selepas mengumumkan keluar daripada PKR kerana tidak lagi berasa terkongkong dengan mana-mana pihak.

"Saya juga tidak beritahu Johari Abdul, saya tidak beritahu PKR mengenai tindakan saya dan tindakan keluar PKR bukan bermakna kita putus silaturahim atau hubungan antara kawan-kawan. Saya bertindak secara profesional untuk tinggalkan PKR, bukan emosional," katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau tidak risau mengenai tahap keselamatan beliau selepas ini serta jika ditohmah masyarakat ekoran pengakuan hari ini.

Beliau juga menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya segala sidang akhbar yang dilakukan sebelum ini dibuat kerana mendapat ganjaran pihak berkepentingan.

"Yang paling penting, saya boleh kembali ke pangkuan keluarga saya, anak saya dan hidup dalam keadaan harmoni seperti sebelum ini," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.