saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/05/2013

Saiful bersyukur bapa tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR 1 Mei - Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersyukur dengan tindakan bapanya, Azlan Mohd. Lazim menarik balik kenyataannya yang dibuat sebelum ini.

Beliau juga yakin kebenaran akan memihak kepadanya berkat doa, sabar dan istiqamah kepada Allah SWT.

''Jika bapa jujur dan ikhlas, syukur Alhamdulillah, yang hak pasti berdiri, janji Allah pasti,'' katanya seperti dipetik daripada akaun Twitter miliknya hari ini.

Dalam sidang akhbar hari ini, Azlan menarik balik kenyataan yang dibuatnya pada 8 Mac lalu dan mengaku kejadian liwat ke atas anaknya oleh Anwar pada 2008 benar-benar berlaku dan bukan konspirasi politik.

Mohd. Saiful Bukhari turut meminta Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghentikan permainan jijiknya.

''Wang tidak dapat menghapuskan kebenaran. Akan terus doa, sabar dan istiqamah. Terima kasih atas doa semua,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.