saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/05/2013

Calon PKR sertai upacara sembahyang di gereja?

IPOH 1 Mei - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid mencetuskan polemik menjelang hari pengundian Ahad ini apabila dilihat menghadiri upacara sembahyang di sebuah gereja di Seri Manjung, dekat sini Ahad lalu.

Difahamkan, Imran dibawa oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sitiawan untuk menyertai upacara sembahyang di Gereja Kampung Cina bagi berkempen mendekati pengundi kawasan tersebut.

Kelibat Imran yang berkopiah duduk di barisan paling hadapan bersama Koo Ham dan beberapa pemimpin DAP ketika upacara tersebut berlangsung turut disiarkan beberapa akhbar berbahasa Cina.

"Calon DAP DUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham membawa Calon PKR Parlimen Lumut Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid menghadiri upacara itu dan sembahyang bersama-sama dengan penganut kristian di Gereja Kg Cina pada hari ahad yang lalu," lapor Nanyang Siang Pau semalam.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan semua calon beragama Islam tanpa mengira parti politik supaya tidak terlalu ghairah berkempen sehingga boleh terjerumus dalam gejala murtad.

Beliau berkata, umat Islam yang melakukan perbuatan menyertai ibadat kaum lain selain Islam boleh membawa kepada murtad.

"Datang sahaja lawat (gereja) tidak mengapa, saya pernah datang ke Vatican City (wilayah pentadbir Gereja Katolik di Rom, Itali) lihat apa mereka buat. Tetapi janganlah sampai kita menyertai upacara ibadat mereka.

"Akidah Islam ini boleh rosak, boleh hilang dengan tiga perkara iaitu dengan niat (keluar Islam), bercakap mengakui kebenaran (agama lain) atau melakukan perbuatan ibadat agama lain," katanya.

Dalam pada itu, Imran yang dihubungi pada mulanya tidak mengaku menghadiri upacara tersebut, tetapi bertukar nada apabila diberitahu terdapat gambar beliau bersama Koo Ham berada dalam gereja berkenaan disiarkan akhbar berbahasa Cina. Imran kemudiannya meminta supaya perkara itu tidak diperbesar-besarkan.

"Saya hanya tengok budak pengakap menyanyi, tengok persembahan, itu sahaja. Tidak payah ceritalah benda tu, buat tambah dosa sahaja," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang juga calon Barisan Nasional bagi Dean Undangan Negeri Pangkor dalam Parlimen Lumut berkata, beliau menyerahkan kepada pengundi untuk menilai laporan kedua-dua akhbar tersebut.

"Saya tidak mahu ulas lebih lanjut nanti dia kata saya tidak faham agama, biar rakyat buat penilaian. Namun, ini menunjukkan manifestasi apa yang diperkatakan selama ini, tindakan mereka menggunakan apa saja termasuk masjid dan sebagainya (untuk berpolitik), sepatutnya rumah ibadat kita jaga kesuciannya," katanya.

"Baru-baru ini mereka tuduh saya gunakan masjid (untuk berpolitik) tetapi saya hanya berada di luar masjid atas jemputan penduduk yang mendirikan khemah. Saya tidak akan beri ceramah politik kepada sesiapa pun dalam masjid. Itu bukan cara yang diajar kepada kita," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.