saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/06/2013

UMNO letak calon disenangi penduduk Kuala Besut

BESUT 30 Jun - UMNO Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak lama lagi.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, UMNO mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.

"Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di sini hari ini.

Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.