saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 25/08/2013

Dira Abu Zahar serah borang jadi ahli Puteri UMNO

DIRA Abu Zahar (duduk) sebelum menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Idris Haron sempena Majlis Rumah Terbuka Puteri UMNO Tangga Batu, di Sungai Udang, Melaka semalam. Hadir sama, Mas Ermieyati Samsudin (tiga kanan). - UTUSAN

MELAKA 25 Ogos - Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, menyerahkan borang keahlian Puteri UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Haron semalam.

Bekas pengacara Melodi itu menyerahkan borang tersebut pada majlis Rumah Terbuka Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu di Sungai Udang.

Menurut Dira, dia telah lama berhasrat untuk menjadi ahli Puteri UMNO, namun terpaksa menunggu masa sesuai untuk menyertainya.

"Saya hendak buat banyak perkara untuk parti sebab saya melihat bagaimana perjuangan mak dan ayah dalam parti dan atas semangat mereka saya berasa terpanggil menyertai Puteri," katanya.

Yang turut hadir sama Ketua Puteri UMNO Melaka merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri UMNO Tangga Batu, Azlieza Azizan.

Dira ialah anak kepada Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Dalam pada itu, Idris yang juga Ketua Menteri Melaka percaya selebriti tersebut mampu memainkan peranannya sebagai ahli dengan baik selain menarik lebih ramai pengikut.

"Saya juga percaya Dira tahu peranannya dan dia akan berjuang dengan kehendak diri sendiri bukan kerana paksaan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.