saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 03/09/2013

ROS bidas DAP tidak maklum CEC

PUTRAJAYA 2 Sept. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa-apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dilaporkan mengambil tempat pada 29 September ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa.

''Sampai hari ini saya tak terima apa-apa daripada DAP, apa benda dia nak buat saya pun tak tahu. DAP cakap (buat pemilihan) pada September, saya pun hanya tahu melalui media massa.

''Sekarang dia cakap cakap sahaja, saya pun tak tahu apa yang DAP mahu lakukan sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen pendaftaran kepada 20 parti politik baharu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai perkembangan terkini pemilihan semula CEC DAP.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mempersoalkan kenapa DAP belum menyerahkan 500 surat pengesahan yang dikatakan ditandatangani oleh wakil yang tidak hadir dalam pemilihan CEC akhir tahun lalu, untuk mengesahkan bahawa mereka telah menerima notis tersebut tetapi tidak menghadirinya atas sebab peribadi.

''Mana senarai, mana surat itu? Pada 20 Ogos lalu, dia cakap mahu serahkan, hari ini sudah 2 September," katanya mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bahawa surat berkenaan akan diserah oleh DAP walaupun tidak diminta ROS.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti politik tidak dapat diproses kerana parti pembangkang tidak mengemas kini maklumat yang sudah diubah.

''Mereka tidak maklumkan kepada ROS walaupun maklumat Jawatankuasa Bertindak Sementara (Protem) mereka telah ditukar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:20
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.