saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/09/2013

Persetujuan BN Pusat parti baharu sertai BN Sarawak - Taib

KUCHING 10 Sept. - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata sebarang permohonan daripada lima parti politik baharu berpangkalan di Sarawak untuk menyertai Barisan Nasional (BN) perlu mendapat persetujuan sebulat suara BN pusat.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, bukan beliau yang akan membuat keputusan sekiranya parti-parti yang baharu didaftarkan - Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru), Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) dan People’s Alliance for Justice of Peace (Peace Party-Sarawak) - mahu menyertai BN negeri.

"Soal itu perlu diputuskan oleh pusat semasa mesyuarat BN pusat dengan semua 13 parti komponen dan keputusannya bergantung pada keputusan sebulat suara mereka (untuk menerima atau menolak)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Budaya Melayu Sarawak 2013, anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, di sini.

Beliau ditanya sekiranya ada ruang dalam BN negeri untuk menerima parti-parti politik baharu, termasuk PBDS Baru dan Teras, yang telah mengisytiharkan bahawa mereka menyokong BN.

"Terserah kepada mereka untuk memohon," katanya, tetapi tidak mendedahkan jika sebarang permohonan untuk menjadi anggota komponen BN diterima setakat ini daripada lima parti itu, yang merupakan antara 20 parti politik baharu diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Ogos tahun ini. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.