saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 29/09/2013

Jagdeep, Rayer tarik
diri bertanding

PULAU PINANG 28 Sept. - Dua pemimpin DAP di negeri ini menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang akan diadakan esok bagi menghormati keputusan perwakilan dalam pemilihan CEC Disember lalu.

Kedua-dua pemimpin berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat yang juga anak kepada Pengerusi DAP, Jagdeep Singh Deo dan ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer.

Jagdeep berkata, pemilihan kali ini bukan bertujuan memilih kepemimpinan parti tetapi mahu mengekalkan barisan pemimpin yang membawa kemenangan besar parti dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, beliau dan Rayer tidak boleh menarik diri kerana nama mereka sudah termasuk dalam senarai.

"Bagaimanapun kami tidak mahu bertanding dan perkara ini akan dimaklumkan kepada Speaker esok pagi agar dapat dimaklumkan kepada perwakilan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kemelut CEC DAP bermula apabila Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng mendedahkan berlakunya 'kesilapan teknikal' semasa penjumlahan undi pada pemilihan CEC lalu yang menyaksikan keputusan pemilihan berkenaan berubah apabila Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari yang tewas dengan hanya menerima 305 undi melonjak mendapat undian sebanyak 806, sekali gus menjadi calon Melayu tunggal yang terpilih dalam senarai CEC.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.