saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 20/10/2013

Enam bahagian bertukar ketua di Terengganu.

KUALA TERENGGANU 20 Okt. - Pemilihan UMNO bahagian semalam mengesahkan perubahan teraju barisan kepemimpinan bagi enam daripada lapan bahagian di negeri ini dengan muka-muka baru mengambil alih tanggungjawab menggerakkan perubahan ke arah masa depan parti yang lebih menyakinkan.

Perubahan berlaku di Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun setelah penyandangnya tewas dalam persaingan manakala di Kuala Terengganu dan Marang, laluan diberikan lebih awal kepada muka-muka baru yang menawarkan diri.

Hanya dua penyandang berjaya mempertahankan jawatan itu, Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Mohd. Jidin Shafee di Setiu manakala di Besut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad mendapat tempat lebih awal tanpa dicabar.

Ahmad Said mengekalkan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, bekas Pengerusi Tetap UMNO Kemaman, Mat Dalam Awang manakala Mohd Jidin ternyata turut sukar disaingi oleh veteran UMNO yang berpengaruh suatu ketika dulu, Datuk Mamat Ghazali Abdul Rahman.

Kejutan berlaku di Hulu Terengganu apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang baru menapak dalam parti setelah memenangi kerusi Parlimen, diberi keprcayaan dengan mengalahkan Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Tengku Putera yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri telah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu sejak 1995.

Bagi UMNO Bahagian Kuala Nerus, perwakilan mengangkat ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (calon tunggal Barisan Nasional yang menang) sebagai ketua yang baru dalam persaingan sengit empat penjuru.

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri yang gagal mempertahankan jawatan berada di tempat ketiga manakala bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di tempat kedua.

Datuk Yahya Khatib Mohamad yang merupakan bekas Exco pula gagal mempertahankan jawatan di Marang apabila ditewaskan oleh anak saudaranya sendiri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat negeri A. Latiff Awang.

A. Latiff yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan juga merupakan calon tunggal Barisan Nasional yang menang dalam Pilihan Raya Umum lalu.

Di Dungun, percubaan kali kedua oleh bekas ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam yang tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum berjaya menewaskan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.

Bagi UMNO Bahagian Kuala Terengganu pula, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Sabri Alwi menang kerusi yang dikosongkan oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh setelah menewaskan seorang jutera perunding, Johari Awang. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.