saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/11/2013

Mohana, Sivarraajh Ketua Wanita, Pemuda MIC

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Seperti yang dijangka, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, M. Mohana memenangi kerusi Ketua Wanita MIC dalam pemilihan parti itu hari ini menewaskan pencabarnya, B. Vickneswari.

Mohana yang juga Timbalan Ketua Wanita MIC Selangor memperoleh sebanyak 344 undi manakala keseluruhan barisan sayap Wanitanya turut menyapu bersih kesemua jawatan yang dipertandingkan dalam pemilihan parti kali ini.

Mohana ketika ditemui pemberita berkata, beliau berterima kasih kepada Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan kesemua 560 perwakilan yang memberi mandat kepada beliau bagi menerajui jawatan tertinggi sayap Wanita itu.

"Saya terkejut apabila barisan kami menang dengan undian yang cukup banyak, hampir 90 peratus mengundi kami kerana percaya kepada kami dalam menerajui sayap ini. Mereka juga mahukan perubahan drastik demi memastikan jentera kami terus relevan," katanya selepas keputusan rasmi pemilihan sayap itu diumumkan di sini.

Dalam pada itu, jawatan Timbalan Wanita pula dimenangi Ketua Wanita Bahagian Tapah, P. Prema selepas mendapat sebanyak 354 undi menewaskan Ketua Wanita Bahagian MIC Pagoh, K. Nirmala.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda MIC, C. Sivarraajh dipilih sebagai Ketua Pemuda baharu setelah menewaskan pencabarnya, V. Mugilan.

Sivarraajh yang berusia 36 tahun dan merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berjaya meraih sebanyak 278 undi berbanding Mugilan yang juga penyandang Timbalan Ketua Pemuda MIC yang mendapat 234 undi.

Menurut Sivarraajh, kejayaan itu menuntutnya untuk bekerja lebih keras serta memberi perkhidmatan yang konsisten kepada masyarakat India dan ahli parti.

Dalam pada itu, jawatan Timbalan Ketua Pemuda dimenangi Exco Pemuda MIC, R. Thinalan selepas memperoleh sebanyak 321 undi menewaskan Ketua Pemuda MIC Tangga Batu, K. Sasi Kumar (188 undi).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.