saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/01/2014

Khalid wajib letak jawatan MB - Fairus

SHAH ALAM 12 Jan. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai orang Islam wajib meletakkan jawatan berikutan kegagalannya melaksanakan aku janji untuk memelihara dan melindungi kesucian Islam ketika mengangkat sumpah di hadapan sultan sebelum ini.

Bekas Setiausaha Pembangunan Integrasi Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohammad Fairus Khairuddin berkata, Abdul Khalid dilihat tidak lagi layak menjadi pemimpin di negeri ini kerana gagal menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk memelihara kesucian Islam.

Menurutnya, jika tanggungjawab sebesar itupun tidak mampu dipikulnya maka rakyat khususnya orang Islam berhak menolaknya sebagai pemimpin nombor satu di Selangor.

"Bukan setakat soal akujanji di depan Sultan Selangor tetapi yang jauh lebih besar adalah tanggungjawabnya dengan Allah," katanya di sini hari ini.

"Kalau sebesar itupun gagal dipertahankan dan tidak mampu menggunakan kudrat untuk memelihara Islam maka sudah sampai masa serta wajib untuk dia meletakkan jawatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan Abdul Khalid yang mengeluarkan dua arahan baharu kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIS) jelas bertentangan dengan aku janji beliau iaitu mahu memelihara kesucian dan keagungan Islam sebagai agama rasmi negeri dan kepercayaan umatnya daripada diganggu gugat mana-mana pihak.

Dalam hubungan itu kata Noh, Abdul Khalid sepatutnya membela JAIS yang merupakan sebuah agensi menjaga kesucian agama Islam di negeri ini dan bukan melakukan sebaliknya.

Mohammad Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang memberitahu, apa juga alasan yang diberikan oleh Abdul Khalid berhubung arahan terbaharu kepada JAIS itu apabila membabitkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dianggap tidak lagi relevan.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan JAIS terhadap Persatuan Bible Malaysia berikutan kenyataan Pengarang The Herald, Lawrence Andrew supaya semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan adalah tepat untuk memelihara kesucian dan syariat Islam.

"Tidak perlu lagi JAIS diberikan arahan-arahan baharu yang kelihatan bodoh kerana mereka menjaga kesucian dan maruah Islam terutama dalam aspek akidah.

"Arahan baharu yang dikeluarkan Abdul Khalid nyata memperlihatkan sikap tidak matangnya dalam memelihara syariah," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.