saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/02/2014

Kredibiliti Majlis Peguam terus dipertikai

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Kecenderungan Majlis Peguam seolah-olah merelakan badan itu menjadi 'alat politik pembangkang' wajar diberi perhatian serius memandangkan pengamal undang-undang tidak boleh berkhidmat untuk mana-mana parti atau individu tertentu.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, golongan itu seharusnya berkhidmat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Jelasnya, perubahan peranan Majlis Peguam dalam menyokong isu-isu tertentu bukan perkara baharu tetapi telah berlaku sejak beberapa tahun lalu dan perkara itu turut disedari masyarakat.

"Kita telah melihat dalam banyak perkara, pelbagai komen Majlis Peguam mempunyai kecenderungan untuk melibatkan diri dalam politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Jenayah Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon yang menempelak sikap membisu Majlis Peguam berhubung Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang jelas dipergunakan oleh pembangkang.

Dalam pada itu, Sham Rahayu turut tidak menolak kemungkinan 'perubahan angin' dalam perjuangan Majlis Peguam itu berpunca daripada perubahan tampuk kepemimpinan.

"Jangan kata isu pilihan raya kecil Kajang sahaja mereka diam, malah isu berkaitan pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan di Sweden juga dibuat tidak endah.

"Dari situ, kita dapat melihat Majlis Peguam tidak berperanan sepatutnya, malah membiarkan pembangkang menjangkaui undang-undang negara dan sanggup dijadikan 'kambing hitam'," ujarnya.

Tambahnya, apabila Majlis Peguam tidak lagi bersifat neutral, mereka bukan sahaja tidak menghormati fungsi guaman malah secara tidak langsung melanggar Akta 41 dan 42 profesion undang-undang.

Katanya, ahli-ahli atau pengamal undang-undang perlu bersuara membantah penyalahgunaan kuasa dalam badan tersebut sebagai mewakili suara rakyat untuk memperjuangkan keadilan dalam sebuah negara demokrasi.

"Mereka tidak sepatutnya takut bersuara. Itu hak mereka yang mahukan keadilan dan barisan kepemimpinan harus menerimanya kerana tidak semua tindak-tanduk Majlis Peguam itu diterima majoriti ahli," ujarnya.

Dalam pada itu, pengamal undang-undang, Kamaruddin Ahmad turut berpendapat, Majlis Peguam kelihatan 'pilih bulu' berdepan sesuatu isu khususnya membabitkan unsur-unsur perjuangan parti pembangkang.

Beliau yang senada dengan Ranjit Singh berkata, apa ditunjukkan majlis itu bercanggah dengan moto serta profesionalisme perjuangan mereka.

"Majlis Peguam tidak ikut moto atau matlamat penubuhan mereka dan bersikap pilih kasih serta telah diperalat pembangkang. Ini jelas membuktikan mereka bukan badan bebas," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.