saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/02/2014

Jabu enggan ulas pelantikan Adenan

KUCHING 13 Feb. - Usaha media mendapatkan reaksi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang berhubung pelantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak buntu apabila beliau terus mengelak daripada menjawab soalan wartawan.

Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu hanya berkata: "No comment' (tiada komen)," ketika diminta mengulas perkara itu.

Jabu ditemui semasa mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke hotel penginapan selepas menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri bersempena ulang tahun ke-92 Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada Muhyiddin, di Astana Negeri di sini hari ini.

Sejurus kemudian, Jabu terus bergegas masuk ke dalam kereta rasminya.

Jabu daripada keturunan Iban dari Betong, telah menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden PBB selama lebih tiga dekad, tidak dicalon untuk menggantikan Abdul Taib.

Sebaliknya Adenan, Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan merangkap Timbalan Presiden II PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri

Perancangan Sumber II dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Awang Tengah Ali Hassan yang dicalonkan.

Semalam, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Februari ini dan akan diganti oleh Adenan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu, sebagai Ketua Menteri kelima Sarawak berkuat kuasa 1 Mac. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.