saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/02/2014

MoU penstrukturan semula air Selangor tidak boleh diubah

HULU LANGAT 28 Feb. - Perjanjian dalam memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Selangor berhubung penstrukturan semula industri bekalan air negeri tidak boleh diubah sekali pun jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan menjadi Menteri Besar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemungkinan tersebut telah diambil kira dalam MoU yang ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kelmarin.

"Jadi, dalam perbincangan antara Kerajaan Pusat menerusi kementerian dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri, kita telah nyatakan bahawa dalam perjanjian ini tidak boleh diubah.

"Ini bermakna komitmen dan jaminan dalam perjanjian kontrak itu mesti disempurnakan. Tidak boleh diubah baik melibatkan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan mesra ke sekitar Pusat Perniagaan Kwan Tung, Sungai Chua di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.