saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 05/04/2014

Apa pendirian 'Dinasti Lim' mengenai hudud?

KUALA LUMPUR 4 April - ‘Dinasti Lim’ DAP perlu tampil ke hadapan dan menyatakan pendirian parti itu terhadap hasrat Kerajaan Pas Kelantan membawa usul rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 ke Parlimen.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Leong Kim Soon berkata, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang ke­dua-dua jawatan Penasihat DAP dan Setiausaha Agung DAP mereka belum disahkan tidak wajar mendiamkan diri ketika Pas bersungguh-sungguh untuk mewujud dan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Kedua-dua Lim ini mendiamkan diri kerana mereka tidak sanggup mengguris hati pemimpin Pas dan pada masa sama menyatakan pendirian menyokong pelaksanaan undang-undang Islam.

“Sekiranya DAP benar-benar menentang pelaksanaan hudud, kenapa tidak berterus-terang sahaja untuk menunjukkan betapa beraninya parti itu dan sekiranya DAP bersetuju dengan Pas pula, kenapa parti itu tidak menyatakan bahawa hukum hudud adalah polisi yang dipersetujui bersama dalam pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri melalui Ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Sementara itu, mengulas mengenai pendirian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang tidak bersetuju mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, Kim Soon berkata, pandangan Karpal itu hanya pandangan peribadi dan tidak boleh mewakili pendirian DAP.

“Karpal meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP dan dia sekarang hanya seorang Ahli Parlimen biasa. Karpal tidak boleh lagi bercakap bagi mewakili pendirian DAP dan tanggungjawab itu perlu dinyatakan sendiri oleh kedua-dua Lim ini," katanya.

Menurut Kim Soon, pelaksanaan enakmen mengenai hukum hudud itu akan memberi kesan kepada setiap individu bukan Islam yang berada di Kelantan.

“Sekiranya Karpal boleh membantah hudud dan berpendapat perkara itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kenapa kedua-dua Lim ini tidak boleh menyatakan pendirian mereka kepada semua orang, mereka sepatutnya menyatakan kesungguhan untuk menolak hudud," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.