saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/04/2014

Kelantan yakin hudud dapat dilaksana

Mohd. Amar

KOTA BHARU 16 April - Kerajaan Pas Kelantan hanya memerlukan sokongan 112 Ahli Parlimen ketika usul rang undang-undang persendirian dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat nanti.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jumlah sokongan tersebut sudah memadai bagi membolehkan Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri ini yang sememangnya menjadi perjuangan mereka sejak dahulu.

Beliau berkata, usul rang undang-undang tersebut sebenarnya tidak memerlukan sokongan dua pertiga memandangkan pelaksanaan itu bukan melibatkan Perlembagaan.

“Pas hanya memerlukan majoriti mudah yang menyokong usul ini (rang undang-undang persendirian) dan kita yakin akan mendapat sokongan penuh.

“Sekiranya semua wakil rakyat ber­agama Islam di dalam Parlimen menyokong, majoriti mudah itu akan tercapai," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

DAP baru-baru ini menegaskan 38 ahli Parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentang di Dewan Rakyat pada Jun ini.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, DAP juga akan melobi 46 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Sementara itu Mohd. Amar berkata, tentangan daripada Ahli Parlimen DAP ketika usul undang-undang tersebut dibentangkan tidak lama lagi sama sekali tidak akan mengugat Pas yang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah.

“Sebelum ini DAP merasakan Pas memerlukan majoriti dua pertiga, sebaliknya kita hanya memerlukan sokongan majoriti mudah.

“DAP tidak faham, dia (DAP) tidak tahu apa dia cakap. Kita yakin akan mendapat sokongan itu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang merupakan Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 berkata, beliau yakin semua Ahli Parlimen yang beragama Islam akan menyokong penuh usul rang undang-undang persendirian tersebut.

“Kita harap semua wakil rakyat Islam tanpa mengira parti akan boleh bersama-sama kita demi kebaikan umat Islam dan memenuhi tuntutan agama," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.