saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/04/2014

Pas syukur kerajaan Pusat tidak tolak

MACHANG 25 April - Kerajaan Pas Kelantan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Sambil bersyukur dengan kenyataan itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkembangan tersebut amat positif dan diharap akan dapat memberikan laluan yang lebih mudah kepada Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

"Pas harap kenyataan Perdana Menteri itu akan memudahkan kita apabila membentangkan usul rang undang-undang persendirian pada sidang Dewan Rakyat nanti.

"Kita juga berharap dengan kenyataan Perdana Menteri ini sebagai suatu jaminan bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO akan menyokong Pas apabila usul rang undang-undang itu dibentangkan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Medan Ilmu di Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim, Banggol Judah di sini hari ini.

Perdana Menteri semalam menegaskan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Namun kata beliau, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud itu dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

Kerajaan Pusat menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.